Konfigurasi Rangkaian

Sebarang peranti rangkaian yang anda ada pada sistem akan dikesan oleh program pemasangan secara automatik dan dipaparkan pada senarai Peranti Rangkaian.

Untuk mengkonfigurasi peranti rangkaian, pertama pilih peranti dan klik Edit. Pada skrin Edit Antaramuka, anda boleh pilih untuk mempunyai IP dan maklumat Netmask dikonfigurasikan oleh DHCP atau anda masukkan ia secara manual. Anda juga boleh memilih untuk menjadikan peranti aktif semasa but.

Jika anda tidak mempunyai akses klien DHCP atau tidak pasti maklumat apakah ini, sila hubungi Pentadbir Rangkaian anda.

Jika sistem anda merupakan sebahagian daripada rangkaian besar dimana namahos diberikan oleh DHCP, pilih automatik melalui DHCP. Jika tidak, pilih secara manual dan masukkan namahos berasaskan-FQHN untuk sistem anda (contohnya nama.example.com). Jika tidak, sistem anda akan dikenali sebagai"localhost".

Akhirnya, jika anda memasukkan maklumat IP dan Netmask secara manual, anda boleh juga memasukkan alamat Gateway dan alamat DNS Utama, Kedua dan Ketiga.